Wednesday, May 2, 2018

6 Makanan Berpantang Terbaik Untuk Ibu Amalkan Selepas Bersalin

6 Makanan Berpantang Terbaik Untuk Ibu Amalkan Selepas Bersalin


Berikut adalah antara makanan berpantang yang baik untuk diamalkan oleh ibu-ibu selepas bersalin


1. Beras Perang
Mungkin ramai ibu-ibu yang terfikir untuk diet dan kuruskan badan sebaik saja melahirkan bayi. Namun, anda perlu ingat bahawa tubuh anda sedang dalam proses pemulihan dan bayi yang menyusu badan juga memerlukan nutrisi yang berkualiti melalui pemakanan anda.

Menggantikan beras biasa dengan beras perang adalah antara cara yang tidak keterlaluan untuk anda berdiet serta mendapatkan kalori baik. Sumber bijirin berserat tinggi ini juga bagus untuk penghadaman dan mengelakkan sembelit selepas bersalin.




2. Roti Berserat Tinggi
Selain makan nasi untuk hidangan utama makanan berpantang, anda boleh mengamalkan pengambilan roti berserat tinggi untuk sarapan atau makan pagi.

Berbanding roti putih dan biskut kering, roti berserat tinggi mengandungi asid folik yang penting untuk kesihatan tubuh badan anda dan bayi



3. Ikan Tenggiri, Salmon & Tuna
Komponen protein dalam sajian seharian juga penting dalam memastikan anda kekal bertenaga sepanjang hari. Maklumlah, bukan mudah nak menjaga bayi dan menguruskan diri, tambahan pula jika kita berpantang sendiri.

Pengambilan ikan salmon contohnya, bukan saja berkhasiat tetapi turut terbukti dapat mengelakkan risiko kemurungan selepas bersalin (postpartum depression).

Selain itu, ikan tenggiri dan tuna juga antara pilihan yang bagus sebagai lauk dalam makanan berpantang kerana ia memperbaiki fungsi otak dan membina sistem saraf bayi.




4. Buah-buahan
Buah-buahan dengan warna yang terang seperti anggur, betik, oren, pisang, dan sebagainya sangat berkhasiat untuk ibu berpantang.

Mungkin ada yang menganggap makanan berpantang sebegini tidak sesuai kerana ia bersifat ‘sejuk’. Namun, semua buah-buahan ini sebenarnya mengandungi serat yang dan sumber vitamin yang tinggi. Anda disarankan mengambil sekurang-kurangnya 2 hidangan buah-buahan setiap hari.





5. Sayuran Hijau
Seperti buah-buahan, sayuran hijau seperti sawi hijau, bayam, kucai, serta ulam-ulaman seperti pegaga, daun cekur dan ulam raja juga patut ditambahkan ke dalam menu harian anda.

Ia bukan saja tinggi antioksidan, vitamin, serta mineral, bahkan ia turut memiliki sumber kalsium yang penting untuk tubuh. Kalorinya pun rendah!






6. Kekacang / Kuaci
Kalau teringin nak makan snek, pilihlah daripada sumber yang sihat seperti kacang badam, walnut, kuaci, atau pistachio.

Semua jenis kekacang sihat seperti ini dapat membantu menstabilkan paras glukos dalam darah, menyeimbangkan tindak balas elektrolit dalam tubuh di samping meningkatkan kadar metabolisme serta fungsi tubuh dan otak.







Serunding Halia Ikan Bilis

Serunding Halia Ikan Bilis



Assalammualaikum ,Dapatkan Serunding Daging, Ayam dan halia Ikan Bilis yang Asli, Sedap dan Murah. Tempah Sekarang!
Dimakan Bergitu Sahaja ... !

Serunding Halia ikan Bilis

01-Sesuai di makan seisi keluarga.
02-Sesuai untuk ibu dalam pantang.
03-Sesuai utk mereka yg sedang berdiet.
04-Sesuai utk ibu mengandung 7 bulan ke atas untuk mengelak masalah sembelit.
05-Khasiatnya adalah mampu membuang angin dalam badan, mengelakkan masalah sembelit, 
mengurangkan sakit2 sendi, kempiskan perut jika diamalkan selalu..

.
Kami jual 
110gram : Rm15 
550gram : Rm60
.
Untuk tempahan ( Tekan Link Di Bawah )
Whatsapp : www.wasap.my/60183670471
Whatsapp : www.wasap.my/60183670471

Wednesday, April 25, 2018

Serunding Halia Ikan Bilis

Serunding Halia Ikan Bilis 


Serunding Halia sesuai utk :

 Membaiki Aliran Darah
 Mencegah Perut Buncit
 Mengurangkan Kolestrol
 Mengeluarkan Angin
 Menaikkan Seri Wajah
 Sesuai Untuk Wanita Berpantang


 Enak Dimakan Dengan:

 Nasi Putih Panas 
 Pulut
 Bubur Nasi
 Lemang
 Nasi Impit
 Dimakan Begitu Sahaja
 Roti


RM 15.00 = 110g

RM 60.00 = 550g

RM 110.00 = 1100g

HP: WHATSAPP - +6018-3670 471

Tuesday, April 24, 2018

Serunding KG Pandan




Serunding merupakan sejenis makanan tradisi sejak turun temurun. Ia dimasak menggunakan rempah ratus dan bahan yang berkualiti tinggi hingga betul-betul kering agar serunding lebih tahan lama. Dalam kalangan masyarakat melayu, serunding adalah makanan tradisi yang istimewa memandangkan tidak semua orang mampu menguasai teknik penyediaannya yang mengambil masa lebih kurang 4-5jam.

Di Malaysia, pelbagai jenis serunding boleh kita dapati.Antaranya serunding Ayam,serunding Daging, serunding Ikan, serunding Udang dan serunding ikan bilis. Suatu ketika dahulu, serunding lazimnya dihidangkan pada Hari Raya Puasa dan Raya Haji. Setelah makanan tradisi ini dikomersialkan, serunding lebih mudah didapati dipasaran secara terus ataupun online. Tika ini, serunding boleh dikategorikan sebagai penambah selera kerana ia boleh dihidangkan bersama ketupat,lemang,nasi himpit, pulut kuning, roti, nasi kosong ataupun boleh juga dijadikan inti popia.

Kini serunding menjadi pilihan untuk dibawa bersama ketika mengembara, menunaikan haji ataupun ketika melancong ke luar negara. Di SerundingDaging.com anda boleh menikmati dan merasai kelazatan dan keenakan serunding asli kami dengan harga yang murah dan berpatutan. Kami menyediakan penghantaran ke Seluruh Malaysia dan juga ke Luar Negara