Serunding merupakan sejenis makanan tradisi sejak turun temurun. Ia dimasak menggunakan rempah ratus dan bahan yang berkualiti tinggi hingga betul-betul kering agar serunding lebih tahan lama. Dalam kalangan masyarakat melayu, serunding adalah makanan tradisi yang istimewa memandangkan tidak semua orang mampu menguasai teknik penyediaannya yang mengambil masa lebih kurang 4-5jam.
Di Malaysia, pelbagai jenis serunding boleh kita dapati.Antaranya serunding Ayam,serunding Daging, serunding Ikan, serunding Udang dan serunding ikan bilis. Suatu ketika dahulu, serunding lazimnya dihidangkan pada Hari Raya Puasa dan Raya Haji. Setelah makanan tradisi ini dikomersialkan, serunding lebih mudah didapati dipasaran secara terus ataupun online. Tika ini, serunding boleh dikategorikan sebagai penambah selera kerana ia boleh dihidangkan bersama ketupat,lemang,nasi himpit, pulut kuning, roti, nasi kosong ataupun boleh juga dijadikan inti popia.


No comments:
Post a Comment